The Gift of the FRIENDS
Bismillahirrahmanirrahim..
Jam menunjukkan dah pukul 1.30 pagi, saya baru lepas study Quality Management untuk exam Khamis nie. Tiba-tiba teringin nak menulis, dan saya pon on laptop dan try untuk connect UKM JARING..but at the end, NETWORK ACCESS FAILURE. Ok damn, me nak blogging tapi tahniah internet UKM adalah terbaik. But, I still want to write.
Saya bukak Microsoft Word dan mula menulis. I want to write about my friends. Kalau dikira hari, saya cuma ada masa 3 hari je lagi kat sini sebab time saya menulis nie, dah masuk hari Selasa, Jumaat dah balik dah. Hmm, semalam..sepanjang hari Isnin, jiwa memang kacau. Macam-macam dok bermain kat kepala nie, especially pasal intership yang akan start this 1st February. Ok, me gerun. There are some problems that I need to find for the solutions. Sangat merisaukan.
“Sometimes you think that you find by yourself, because a dream is a wish that you make all alone, it’s easy to feel like you don’t need help, but it’s harder to walk on your own.”
- Gift of a Friend, Demi Lovato -
Dalam kerisauan, dapat jugak saya senyum sorang-sorang kat bilik. Senyum bila tiba-tiba teringat kengkawan nie buat lawak. Huhu, bahagianya.
Dalam kebahagiaan, terasa sedih pulak. Alamak, dah tinggal berapa hari je lagi kat sini, saya kena berpisah dengan kengkawan yang comel dan ceria nie semua ke?
“Hatiku sedih, hatiku gundah..tak ingin pergi berpisah. Hatiku bertanya, hatiku curiga..mungkinkah ku temui kebahagiaan seperti di sini. Sahabat yang selalu ada dalam suka dan duka.”
- Lihatlah Lebih Dekat, Sherina –
Semalam, bila saya mengadu kat kengkawan K6E,
”risaunya tak daftar kursus lagi, nanti kena bayar denda bla bla bla..”
Diorang punya respon buat saya terharu. Masing2 offer nak tolong, masing2 kata jangan risau, masing2 bagi cadangan untuk solutions. Ya Allah, terima kasih sebab kurniakan saya mereka kepada saya..terima kasih sebab temukan saya dengan insan-insan ini, mereka sangat sweet,mereka sangat baik..
Kalau nak tulis semua yang best-best pasal mereka nie, memang takkan abes la 7 hari 7 malam menulis. Terlalu banyak sweet memories dengan diorang nie.
Saya sayang SEMUA kawan-kawan saya.
Geng K6E
Kepada penghuni K6E,
Opah (Hasmah Hanafi), Ana Ismail, Yatt, Yana, Adda Melaka, Adda Johor, Mira, Asz..
Kengkawan penghuni K6E,
Ayu, Sha, Lynn..
Bekas penghuni K6E,
Alin, Kak Ina, Kak Wa..
Thanks sangat kat korang semua, korang memang terbaik..bersyukur dapat tinggal blok nie this semester, even dari semester2 lepas pond ah sibuk2 kat blok nie.
Terima kasih sangat2 sebab sudi layan saya dari sebelum jadi penghuni blok sampai dah jadi penghuni blok. Kita masak sama2, pegi kafe sama2, makan sama2, tengok tv sama2, gossip sama2, shopping sama2, tengok wayang sama2..itu semua kenangan terindah. Saya dah kena tinggalkan tu semua dah ? Wah, sebak..fuhhhh..but I have too. Bak kata Ayu, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Yup,agree..
Opah, thanks sangat2 kat kau Opah..aku sayang kau sangat2. Kau kawan aku dari 1st year sampai sekarang, kau paling rapat ngan aku. Kadang2 geram jugak tengok kau nie, yelah..bongsu..nakal, tapi dalam masa yang sama, ko seorang yang baik, matang, bijak, dan toleransi. Dekat kau aku datang kalau ade masalah, dekat kau aku luahkan kalau rasa marah ke, geram ape tu sume..kat bahu kau jugak aku menangis time aku kena dumped last year (wahh, penah kena dumped kat UKM nie- kenangan pahit, cinta itu sakit)..thanks Opah, thanks for everything. I love you so much, you’re my sister. Blaja rajin2 Opah, jangan jadi cam aku, dah la tak pandai, malas laktu..Maafkan aku kalau sepanjang persahabatan kita ada aku sakiti kau, aku tau aku nie kadang2 mulot laser dan mungkin kau penah terasa..maafkan aku Opah, aku jahat..tapi aku sayang kau.
Yatt, kawan yang putih cam cina yang aku kenal since 1st year jugak..sama blok K5D, sama2 join kelab kebudayaan Kolej Aminuddin Baki, lain2 fakulti tapi kau antara kawan yang rapat sebab banyak spend time masa sama2. Kepada kau, thanks for everything jugak..aku suke kau, sebab kau adalah Norhayati Yusoff-takde sebab specific kenapa aku suka kau. Kau gila, kau tak suka mandi..tapi pelik, kau sentiasa cantik. Jeles, tau la putih. Mata kau sepet Yatt, tapi kau cantik. Sayang kau, thanks sebab sudi jadi kawan aku. Thanks jugak kat Mira yang lemah lembut itu, same goes to Lynn yang comel itu..thank you so much ! Yatt, kau putus cinta, pastu aku putus, pastu Yana putus, pastu sume orang putus..best bukan ? Kepada Yatt, Mira & Lynn..thanks for everything, halalkan makan minum aku yang korang dah bagi..dan maafkan aku kalau ada tersalah silap.
Yana, saya sayang anda. Sebab anda adalah Yana Kassim. Sama macam Yatt, takde sebab specific kenapa saya suka awak, yang pasti saya sayang awak. Thanks Yana sebab selalu buat kelakar, thanks Yana sebab selalu amek berat, thanks Yana sebab suka layan bergosip, thanks Yana sebab jadi kawan saya.. awak seorang kawan yang sporting dan comel. Maafkan salah silap saya. Tahniah sebab awak pandai, sama macam Yatt, pandai..
Ana & Ayu..korang, korang dua orang yang aku rasa adalah seangkatan dengan aku. Sebab korang berdua budak2 STPM. Kita sama, kita sebaya, tahap IQ pon macam lebih kurang sama (korang lagi up skit laa). Kematangan korang membahagiakan aku. Kita sama2 bekerja time simposium, thanks sebab banyak tolong aku. Tatau macam mana nak describe dengan perkataan, tapi korang adalah kawan-kawan yang sangat baik. Thanks to Sha jugak, sebab dia sangat rajin masak. Pantang lapar, eh..tiba2 dah sampai pizza depan pintu bilik..sedap laktu..Sha memang calon menantu terbaik lah. Sayang korang semua, halalkan makan minum yang korang dah bagi..maafkan salah silap aku ye.
Adda Melaka & Adda Johor..2 orang Adda yang sangat comel. Adda Melaka, thanks sebab kau adalah ketua blok K6E yang paling suke belanja makan..pantang meja depan tv tu kosong, tiba2 eh ada makanan laa..kau suka jamu kitaorang semua ngan makan.Thanks sangat2. Thanks sebab kelakar, thanks sebab sudi kawan ngan saya, thanks for everthing. Adda Johor, kawan Johorean yang sama2 kecik ngan saya. Kita selalu balik Johor sesame, banyak beg besar2 pastu jalan terkedek2 naik teksi,naik bas..makan kat kedai mamak Kajang..tu sume kenangan. Adda, jangan lupakan aku ea bila naik bas balik umah, thanks sebab balik sama2 dengan aku. Kau jaga diri baik2 ea pasni balik sorang2, thanks for everything to you.
Asz,asalnya kau adalah Geng Cik Bedah. Kau adalah kawan yang paling banyak konflik ngan aku, dan aku rindu itu. Kau adalah seroang kawan yang kelakar, cute, caring, nakal..aku sayang kau jugak Asz. Maafkan aku sebab tak dapat jadi kawan yang terbaik untuk kau, tapi..thanks sebab sudi jadi kawan aku. Maafkan aku Asz, sebab kita selalu ada selisih faham. Tapi kalau fikir2 balik, sebelum nie, sebab kita rapat la kita selalu gaduh. Manusia, memang kerap sakiti orang2 yang disayanginya. Harap kau dapat maafkan aku Asz, dan jangan lupa persahabatan kita ye.
Alin, Kak Ina, Kak Wa..thanks sebab sudi terima saya sepanjang semester lepas. Korang memang best ! Halalkan makan minum saya juga ye.
Geng B’sTARI
Tira, Izzah, Rina, Yatt & Anum..
5 gadis cantik ini saya sayang.
5 puteri ulik mayang ini saya akan rindu.
Moment2 dengan diorang sentiasa saya ingat..kami berlatih menari sampai tengah malam kalau KAB nie ada aktiviti melibatkan persembahan, atau pertandingan..ICAF dan Pesta Konvo..itu semua sweet memories. Makan sama2, nyanyi sama2, menari sama2, nangis sama2..kita penah penat sama2, ketawa sama2..Thanks sebab sudi ajar saya menari. Korang sume adalah best. Thanks jugak kat akak2 senior kelab tarian melayu amin.
Tira, Izzah, Rina,Yatt & Anum..
Halalkan makan minum saya. Maafkan salah silap saya, saya tau saya banyak silap..I love our friendship, love you girls so much, miss you girls so much ! Saya nak menari lagi ngan awak2 semua, rinduuuuu ~~
Geng Cik Bedah
GCB, geng yang agak popular jugak sampai orang atasan kat Pejabat Dekan FEP pon kenal kita.(Adib punya jasa)
Shida, Ina, Hana, Opah, Naz & Aisyah. Thanks sebab terima saya dalam GCB, dengan korang aku paling banyak kenangan jugak. Kita kenal since 1st year, kita sama2 student FEP..kalau boleh kelas satu geng nak sama, sampailah kita dah majoring..masing2 mula bawak haluan masing2 sebab kelas dah lain2 but at the same time, semangat geng tu tak hilang..time short semester tahun lepas antara yang aku paling suka, kita spend time sama2, tengok movie kat laptop sama2, tengok Running Man sama2, tidur kat bilik aku ngan opah..kenangan manis.
Untuk Geng Cik Bedah..a million thanks to you girls sebab korang adalah GENG PERTAMA buat surprise birthday untuk aku, my 22nd birthday..aku takkan lupakan itu. I really appreciate that, you girls are so sweet. I love our friendship, please don’t forget me. Kalau nak lepak2, jangan lupa ajak me walaupun me dah jauh kat Johor sana. I’ll miss you girls the most. Korang semua adalah setahun lebih muda daripada aku, dan dari awal aku dah ‘warning’, don’t call me akak..thanks sebab tak panggil aku akak,hahahaha..*sebab rasa tua pulak*
Aku nak mintak maaf kat korang sepanjang persahabahan kita kat sini. Permasalahan antara kita, harap kita dapat jernihkan. Sayang korang selalu. Belajar rajin2 kepada yang tinggal kat UKM..aku ngan Ina je practical. Kepada Ina, thanks for being my roommate, the best roommate. (^_^)
Semua kawan-kawan UKM
Karisma crew, Simposium crew, KaKiCulture Family, faculty friends, classmates, akak2 dan abg2 felo KAB..thanks for everthing. Good luck semua ! Love you guys jugak..:)
Kawan-kawan semua,
Doakan saya berjaya ye.
Last but not least, again and again.. I LOVE YOU guys so much !
Muaahhhhh..
Bye, bye..kalau ada umur panjang,kita jumpa lagi..(^_^)
-Ain siap menulis pada pukul 3 pagi, gambar ade tapi tak boleh copy..apesal tah-































